LONDON- Liverpool kini berdepan ujian getir dalam mempertahankan gelaran juara Eropah musim ini.
Ia berikutan krisis kecederaan pemain yang melanda kelab itu sejak akhir-akhir ini apabila perkembangan terkini mencadangkan the Kops akan berdepan Atletico Madrid di perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara Eropah tanpa penjaga gol utama mereka Alisson.
Situasi terkini itu menolak skuad Jurgen Klopp dalam keadaan getir dalam mencari pengganti sesuai mengisi ruang tersebut.
Walaupun penyokong pasukan itu bermimpi keputusan defisit 0-1 di Sepanyol mampu diubah kepada kemenangan di Anfield seperti pernah dilakukan sebelum ini, mereka gagal menyedari bahawa situasi semasa tidak sama seperti dahulu.
Atletico Madrid yang akan berkunjung ke Anfield lebih bertenaga dan agresif selain bersiap sedia menyekat semua ruang pergerakan Liverpool dan peluang mencipta gol nanti.
Aksi pertama jelas membuktikan Atletico begitu kebal dan berjaya menyekat pemain utama mereka yang dianggap mampu digeruni lawan tidak dapat melakukan apa apa ketika kalah 0-1 kepada Atletico.
Alisson terlepas aksi kekalahan 2-0 Piala FA kepada Chelsea di Stamford Bridge.
Imbasan menunjukkan kecederaan pinggang yang dialami Alisson agak serius dan perlu menjalani rawatan pemulihan untuk tempoh lama.-MalaysiaGazette