Home Politik Daroyah komited perjuangkan idealisme PKR

Daroyah komited perjuangkan idealisme PKR

Dr. Daroyah Alwi

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Wanita Keadilan, Dr. Daroyah Alwi mengumumkan pendiriannya untuk terus komited memperjuangkan idealisme perjuangan reformasi bersama PKR.

Ketua Wanita Keadilan Selangor itu berkata, Sayap Wanita Keadilan juga tetap kukuh dan tegas di atas landasan berprinsip selaras dengan kenyataan Ketua Wanitanya, Haniza Talha yang mahu supaya kepentingan rakyat kekal menjadi keutamaan selain tidak mencampuri kemelut di dalam Pakatan Harapan (PH).

“Cabang Kapar pula akan terus dipimpin untuk setia menyokong, memberi komitmen dan menghormati mandat rakyat melalui dasar dan agenda yang diangkat pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor dari Keadilan yang telah menzahirkan sokongan teguh terhadap pentadbiran Presiden,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Ketua Cabang Kapar itu menggesa anggota Keadilan di semua peringkat supaya membulatkan azam, perkukuh tekad dan rapatkan saf juga perkemas muafakat untuk terus bekerja keras memelihara mandat dan amanah rakyat itu.

Beliau turut meminta supaya menghentikan usaha mengkucar-kacirkan parti kerana ia tidak memberi sebarang keuntungan malah, bakal merugikan. – MalaysiaGazette