KUALA LUMPUR – “Tuduhan yang mengatakan UMNO adalah penyebab PH (Pakatan Harapan) tumbang sehingga tertubuhnya kerajaan pintu belakang adalah tidak benar sama sekali.”
Itu jelas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjawab tuduhan kepada parti itu sebagai penyebab kepada keruntuhan kerajaan 22 bulan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Jelas Mohamad, tindakan Mahathir yang meletakkan jawatan Perdana Menteri ketujuh sendiri yang menyebabkan kerajaan itu runtuh.
“Bila masa kita rampas kuasa? Dia yang runtuh… Atuk (Mahathir) yang letak jawatan, parti dalam PH yang berpecah sehingga tidak cukup majoriti untuk jadi kerajaan maka takkan kita mahu biarkan,” ujar bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu ketika berucap merasmikan persidangan serentak cawangan UMNO bahagian Pagoh, Johor hari ini.
Bagaimanapun, Mohamad berkata, sekiranya PH dibiarkan untuk terus memerintah maka ia pastinya akan mendatangkan kemudaratan yang teruk kepada Melayu Islam dan tanah air.
“Tapi belum sampai PRU-15, nangka yang sepatutnya jatuh pada bulan enam atau lapan sudah jatuh awal… kita tidak buat apa pun tapi bila sudah jatuh takkan kita tidak makan,” katanya.
Disebabkan itu, Mohamad menasihatkan pemimpin UMNO agar berpihak di bumi yang nyata dan tidak harus hilang fokus sebaik mendapat kembali kuasa di Putrajaya.
“Kita kena seiring dan seirama antara yang di atas dan di bawah. Kita memegang dan memikul tangggjawab untuk meneruskan perjuangan memartabatkan Melayu dan tanah air ini jadi mari kita sama-sama pastikan perjuangan ini diteruskan.
“Jadi kerajaan atau tidak itu soal nombor dua kerana apa yang penting kita perbetulkan kesilapan kita… kita tidak patut kalah pada PRU-14 yang lalu tetapi sebab ada yang sudah tidak jejak di bumi nyata, naik jinjang tidak mahu turun-turun maka ia menjadi antara penyebab kita kalah.
“Maka kita susun elok-elok kerajaan yang ada kita dapat semula ini, jangan bermegah dan berkhayal kerana ia boleh jadi tidak lama. Kita gunakan peluang ini sepenuhnya untuk kita perkasakan parti dan untuk kita berhadapan dengan PRU-15, itulah kemenangan mutlak kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Bukan nangka tok mat… Doyan yg jatuh tu.. Kikikiki
Buah cempelak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Nangka yg jatuh jgn dibiar
Jom ramai2 kita makan
Menteri bersatu panjat pagar
Menteri amanah gila meroyan
Atok dh ckp korg x nk dengar
Kesian akhirnya semua hilang jawatan
Hihi ..betul apa yg tomat ckp tu…move on pn..permulaan yg bagus, dpt turun kn harga minyak di bawah paras rm2..permulaan yg baik..kita tggu pgumuman yg baik lg utk rakyat..insyllah..hncur krjaan yg blh memudaratkan rakyat dn ngra..dap kafir harbi..
JANGAN LETAK HARAPAN TINGGI MENGGUNUNG KELAK MAKAN DIRI, ITULAH YANG BERLAKU APABILA RAKYAT HARAP SEMUA BOLEH BERUBAH DALAM SEKELIP MATA SELEPAS PH MEMERINTAH.
BILA MULA MEMERINTAH KERUSAKAN TERUK TELAH BERLAKU DAN PADA MASA ITU MALAYSIA DIGELAR SEBAGAI NEGARA KLEPTOCRACY.
IBARAT MEMBAIKI LABU, TENTUNYA SUKAR KEMBALIKAN BENTUK ASAL
HARAP KERAJAAN BARU DAPAT MENUNAIKAN HARAPAN RAKYAT SEIKHLAS HATI KERANA ALLAH TIDAK SEPERTIMANA YANG NAJIB DAN KUNCU-KUNCUNYA LAKUKAN SEBELUM INI
betul … ph jatuh sebab mahadir. bukan sebab pn. sebab itu mahadir minta maaf berulang kali. mahadir mengaku silap langkah. ph tak boleh salahkan pn. kerana salah diri sendiri lantik orang nyanyok jadi pm. lain kali lantik lah orang sihat muda dan waras. supaya tidak bertindak diluar undang2. . ph rilex lah dulu buka langkah baru untok bersaing dengan pn parti ppbm. parti pintu belakang malaysia. ppbm.
Ramai rakyat berbilang bangsa menyatakan mereka gembira dan sokong penuh PM8 berbanding TM Dsai dan LGE LIS. PM 8 berliwa rakyat dan uramakan rakyat berbanding politik. Pemimpin PH hanya pentingkan diri sendirk dan keluarga sahaja. Mereka juga mahu sebokeh bokehnya DSNajib kembali dalam kerajaan kerana beliau memangnya berjuwa rakyat. PH memberi janji oosong dan menipu rakyat. Selurug rakyat Malaysia berdia kerajaan baru terus jelal nemeribtah.
Buah tembikai dan buah nangka,
Jangan dimakan bersama durian;
PH bercerai sudah dijangka,
Kerana jawatan negara di abaikan.
Apa yang penting kita perbetulkan kesilapan kita… kita tidak patut kalah pada PRU-14 yang lalu tetapi sebab ada yang sudah tidak jejak di bumi nyata, naik jinjang tidak mahu turun-turun maka ia menjadi antara penyebab kita kalah.”
UMNO mesti berani membuang semua Warlord atau Kumpulan Cartel bila sudah terlalu sombong bongkak dan angkuh. Umno kalah sebab rakyat Marah pada individu2 tertentu bukan marah pada Umno. Lagi pun kalau duit yang menentukan hala tuju Umno dan bukan rakyat, rakyat tetap akan buang Umno. Jadi beringat2 lah.
Atok toksei Ketua Aljuburet jd penggantinya, kes1 letak jawatan PM tengah bubar kabinet, kes2 istihar Bunga keluar PH hilang majoriti parlimen, kes3 letak jawatan pengerisi bunga, kes4 usung nama jd PM tengah diikuti Abam Non juga mahu jd PM tengah sokmo kena tolak, kes5 YDPA istihar Muyidin jd PM DAP PAN serta abam non sokong 100% Atok diangkat semula konon Sabah Serawak bersamanya, kes6 SD yg dipersembah bertindih dgn SD Muyidin. Ini semua Atok Abam Non DAP PAN turunnaik dan keluarrmasuk Istana bagai office bapaktirinya shj. Inikah muka yg harus meminpin negara. Siap tuduh YDPA rampas kerajaan hakikatnya peminpin dan kerajaan pusat telah tiada ketua kerajaan. Bukan kerajaan pintu belakang tp kerajaan baharu dilandas undang2 dan perlembagaan serta kuasa YDPA.. Banyak penyakit otak dah PH ni….
Atok toksei Ketua Aljuburet jd penggantinya, kes1 letak jawatan PM tengah bubar kabinet, kes2 istihar Bunga keluar PH hilang majoriti parlimen, kes3 letak jawatan pengerisi bunga, kes4 usung nama jd PM tengah diikuti Abam Non juga mahu jd PM tengah sokmo kena tolak, kes5 YDPA istihar Muyidin jd PM DAP PAVN serta abam non sokong 100% Atok diangkat semula konon Sabah Serawak bersamanya, kes6 SD yg dipersembah bertindih dgn SD Muyidin. Ini semua Atok Abam Non DAP PAN turunnaik dan keluarrmasuk Istana bagai office bapaktirinya shj. Inikah muka yg harus meminpin negara. Siap tuduh YDPA rampas kerajaan hakikatnya peminpin dan kerajaan pusat telah tiada ketua kerajaan. Bukan kerajaan pintu belakang tp kerajaan baharu dilandas undang2 dan perlembagaan serta kuasa YDPA.. Banyak penyakit otak dah PH ni……
Nangko yang jatuh awal ni namgko berulek tok..silap makan kito jadi ulek nangko pulak melompek kesano melompek kemari.