Home Politik Mat Sabu dakwa Muhyiddin main isu perkauman untuk rebut jawatan PM

Mat Sabu dakwa Muhyiddin main isu perkauman untuk rebut jawatan PM

Mohamad Sabu. foto AFIQ RAZALI, 07 MAC 2020

KLANG – Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa bekas rakan sekutunya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memainkan isu perkauman dalam usahanya untuk merebut jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, perkara itu diketahui ketika Pakatan Harapan (PH) masih lagi menjadi kerajaan dan beliau pula ketika itu merupakan Menteri Pertahanan.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja mempersoalkan mengapa mesti Muhyiddin mengaitkan perihal perkauman dan bersekongkol dengan perasuah dan pencuri yang ada dalam gabungan Perikatan Namat sional.

“Kita akan berusaha melalui jalan Perlembagaan, undang-undang kita akan cuba pelbagai cara dan kalau mereka kuat, mereka rasa yakin tak bolehlah bubar Parlimen.

“Kalau kami menang, kami ambil alih semula, kalau BN kalah sedia jadi pembangkang,” katanya ketika berceramah Siri Jelajah Pakatan Harapan di sini malam ini.

Dengan berseloroh, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, meskipun beliau tewas namun beliau tidak kisah dengan semua itu.

“Bang Mat ini berapa kali kalah dalam pilihan raya. BN baru hilang kerajaan 2018, akan datang laluan kamu nak menang sudah ada, kamu menang banyak PRK kenapa tak boleh tunggu, kami boleh tunggu 60 tahun kenapa kamu tidak boleh tunggu 5 tahun,” tegasnya.

Mohamad berkata, rakyat sekarang ini kecewa dengan apa yang berlaku kerana pihak yang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kini kembali menjadi pembangkang dengan jalan khianat.

Ujarnya, perkara itu tidak pernah berlaku di negara lain melainkan di Malaysia tanahairnya. – MalaysiaGazette