Home Dunia Kes positif, kematian Covid-19 di China merosot

Kes positif, kematian Covid-19 di China merosot

China menggunakan pelbagai teknologi untuk mengekang penularan koronavirus baru. foto Agensi

SHANGHAI – Suruhanjaya Kesihatan China mengesahkan 44 kes baru jangkitan Covid-19 setakat 7 Mac, susut berbanding 99 kes pada hari sebelumnya.

Ia menjadikan jumlah kes jangkitan koronavirus di China meningkat kepada 80,695 pada lewat semalam, dengan 27 kes kematian, jatuh berbanding 28 pada 6 Mac.

Semua kes kematian berlaku di Hubei yang menjadi pusat penularan wabak itu.

Jumlah keseluruhan kematian mencecah 3,097. – MalaysiaGazette