Home Utama Bersatu sokong siapa sahaja yang dilantik Ketua Menteri Melaka

Bersatu sokong siapa sahaja yang dilantik Ketua Menteri Melaka

Mohd. Rafiq Naizamohideen

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyokong sesiapa sahaja yang bakal dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka Ke-12 oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka Isnin Ini.

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, rakyat mahu kemelut politik yang berlaku di negara dan Negeri Melaka dihentikan segera dan tidak berpanjangan.

Artikel berkaitan: Cadangan bubar ditolak, Ketua Menteri Melaka perlu letak jawatan

Ketua Menteri Melaka ucap selamat tinggal

Cadangan bubar ditolak, Ketua Menteri Melaka perlu letak jawatan

Calon Ketua Menteri Melaka ambil kira 13 ADUN BN – Zahid

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ditunda Isnin

Menurutnya, tumpuan kerajaan harus diberikan kepada isu-isu berkaitan pembangunan ekonomi rakyat, penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani krisis air yang menjejaskan kehidupan rakyat dan sektor perindustrian dan pelaburan, kesihatan rakyat termasuk langkah pencegahan penularan koronavirus, kebajikan dan pendidikan rakyat.

“Bersatu Melaka berharap agar semua ahli, penyokong Bersatu dan rakyat Melaka dapat bertenang dan Bersatu Melaka yakin pentadbiran kerajaan akan berjalan dengan lebih teratur dan lancar sebaik urusan pelantikan Ketua Menteri Melaka dan barisan Exco kerajaan negeri selesai minggu hadapan.

”Bersatu Melaka komited ke arah memperkukuhkan gabungan politik baharu Perikatan Nasional (Bersatu, BN & Pas) seperti mana yang telah dipersetujui bersama kepimpinan tertinggi parti bagi membentuk Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada 2 Mac lalu, Mohd Khalil telah mendapat representasi bahawa Ketua Menteri, Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka.

Susulan itu, BN dan Bersatu dikatakan telah mengemukakan calon masing-masing untuk menggantikan Adly.

Bersatu telah mencalonkan Mohd Rafiq yang juga Ahli Dewan Undangan Paya Rumput.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Si rafiq banyak masalah, waktu dlm ph pun x datang mesyuarat sbg exco kerajaan negeri Melaka kemudian ada masalah dgn ahli bersatu Melaka. Lepas Melaka tumbang, Tanpa berbincang terus nk minta jadi ketua menteri lak.. Lepas perikatan tarik kerjasama dgn bersatu Melaka baru terhegeh-hegeh nk berbincang… Sebab dia tahu even tanpa bersatu, Perikatan tetap dapat majoriti. Dia nk balik ke ph, ph dah panggil dia pengkhianat so nk tak nak kena gak sokong Perikatan..harap2 perikatan jgn Bgi dia jadi exco.. Even yb beliau lagi ok.. Ada gak buat kerja

Comments are closed.