LANGKAWI – Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika Pakatan Harapan memutuskan untuk menyokong semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kelapan semasa pergolakan politik baru-baru ini.
Ketika itu, Pakatan Harapan telah membatalkan cadangan sebelumnya untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan Perdana Menteri.
Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Parti Amanah Negara dan beberapa pihak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah datang menemui Dr Mahathir untuk mendapatkan kelulusan beliau bagi mencalonkan dirinya semula.
Semasa pertemuan tersebut Anwar mencadangkan namanya sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi Dr Mahathir merasakan masa tidak sesuai.
Dr Mahathir berkata, Anwar agak bersungguh-sungguh untuk jawatan itu tetapi beliau memutuskan untuk menolak permintaan itu tetapi memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk terus menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Dakwanya, ini kerana terdapat maklum balas daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati untuk melantik Anwar, salah satu Presiden PKR itu kekurangan ketrampilan dalam kepimpinan.
”Anwar lebih sesuai berpolitik berbanding mentadbir,” katanya seperti yang dilaporkan oleh The Sun.
Mengulas mengenai Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan, Dr Mahathir berkata, Perdana Menteri itu kini terikat kerana bekerjasama dengan parti-parti yang mempunyai reputasi teguh.
“Muhyiddin sedang menunggang harimau. Sekiranya beliau melepaskannya, dia mungkin akan dibaham, jadi dia harus terus menungganginya, tidak kira walaupun tidak selesa, “katanya.
Mengenai cadangan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk mengharamkan UMNO kerana melakukan penyelewengan dalam pentadbirannya, Dr Mahathir berkata, terdapat perbincangan mengenai perkara itu tetapi Muhyiddin membantah larangan itu.
Tambahnya, krisis politik berlaku disebabkan dua – iaitu ketidaksabaran Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri selepas menyedari UMNO memberinya peluang dan pendirian Pakatan Harapan yang ragu-ragu terhadap cadangannya untuk kerajaan perpaduan negara. – MalaysiaGazette
Gila kuasa berzaman.
Tak habis lagi ke pong pang pong pang coup de’ketat tak menjadi ni?
BTW seronok juge tengok orang2 tua meroyan ni!
Alaaaa Mahathir..masa ko dlm Pakatan pun ko duk menunggang DAP…ko bukan ada suara pun..DAP yg paling besar lah badigol
Bukan menunggang dap ,dap menunggang dia
Kepada Tanpa Nama, bila wartawan tanya orang tua tu…. dia perlu diam saja cerita pasal cucu dan anjing cucu dia kah?
Sekejap terima, sekejap tolak….apa raa
Pengajaran untuk semua! Manusia yang mengelarkan diri mereka “ahli politik” ( tak kiralah politik kampong sampai politik dunia dari haluan ultraconservative sehingga extremist) manusia biasa yang cuma nak hidup tidak sepatutnya mempercayai satupun janji2 ahli politik. Mereka melalak sana sini cuma berjuang untuk diri mereka sendiri. Tetapi jangan salahkan ahli politik kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri yang beracap kali mengundi ahli2 klenyong ni.
Classic narcissistic traits. Superiority complex. Semua salah org lain. Dirinya x pernah salah. Kalau dia mengaku salah pun sbb rasa malu topeng dirinya yg sebenar tersingkap. Org mcm ni, xkan berubah apatah lg ketika umur dah nak menjangkau 100 tahun. Sifat sombong yg akan dibawanya ke kubur. Dan tidaklah masuk syurga org yg dlm hatinya ada walau sebesar zarah perasaan sombong. Wa ‘iyyazu bilah…
mcm manala kita nak bdepan kehidupan alam barzakh nti. kuasa kau pegang setiap satu akan ditanya. bertaubatlah tun M