Home Ekonomi Gaji, elaun pengurusan kanan Malaysia Airlines dipotong 10%

Gaji, elaun pengurusan kanan Malaysia Airlines dipotong 10%

Malaysia Airlines menerima 11 kelulusan ATR.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd mengurangkan gaji dan elaun pengurusan kanannya sebanyak 10% mulai bulan ini.

Menurut rakaman video kepada kakitangan syarikat penerbangan itu, Kapten Izham Ismail memaklumkan pengurangan itu diambil berikutan penurunan ketara dalam permintaan penerbangan susulan penularan wabak koronavirus.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines berkata, beberapa pendekatan pengurangan kos akan diperkenalkan tidak lama lagi.

”Saya akan menemui semua pekerja beberapa kali lagi pada hari-hari dan minggu-hari berikut seterusnya yang perlu dilakukan. Kita telah memperkenalkan pemotongan berkapasiti besar.

”Pada suku pertama tahun 2020 sahaja, kita telah mengurangkan 7.1% kapasiti (penerbangan). Sehingga kini, kita telah membatalkan lebih daripada 1,600 penerbangan dan jumlahnya meningkat, “katanya.

Malaysia Airline telah mengurangkan penerbangan ke China sebanyak 53% dan ke Korea Selatan dan Jepun 23%.

Izham menambah lebih banyak penerbangan akan dibatalkan kerana kekurangan permintaan dalam pasaran kerana kesan koronavirus sangat besar.

“Orang ramai tidak mengembara, perniagaan juga tidak beroperasi seperti sebelum ini. Ini menyebabkan landskap penerbangan berubah dengan ketara dan Malaysia Airlines juga tidak terkecuali,” katanya. – MalaysiaGazette