PUTRAJAYA – Selepas 10 hari dilantik sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengumumkan barisan Kabinet yang menjadi tulang belakang pentadbiran beliau.
Berkali-kali menegaskan barisan jemaah Menteri dan Timbalan Menteri kali ini mestilah memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang fokus, cekap, peduli rakyat dan telus- Muhyiddin tidak lari jauh dari tema ucapan pertamanya sebagai Perdana Menteri.
Katanya, jemaah Menteri dan Timbalan Menteri pimpinannya mestilah barisan Kabinet yang berfungsi (functional Cabinet).
Mencipta sejarah barisan Kabinet tanpa Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Pagoh ini menegaskan empat menteri kanan yang dilantik adalah lebih diperlukan bagi menyelesaikan semua isu berbangkit dalam bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
Empat menteri kanan itu juga akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet apabila beliau tiada di dalam negara.
Katanya, senarai nama jemaah Menteri dan Timbalan Menteri itu diputuskan hasil perbincangan dengan semua parti yang menyertai gabungan Perikatan Nasional sejak seminggu lalu dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Saya sedar bahawa dalam keadaan yang tidak menentu ini, saudara dan saudari amat berharap kepada kerajaan untuk membantu mencari jalan penyelesaian terhadap apa jua masalah yang saudara dan saudari dihadapi. Maka, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri untuk membentuk sebuah Kabinet yang mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa negara kita ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.
“Justeru, saya akan membentuk sebuah kabinet yang memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti dengan struktur yang lebih mantap.
“Barisan kabinet saya dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.
“Untuk memastikan kabinet yang akan terbentuk adalah kabinet yang berintegriti, semua anggota kabinet yang akan saya umumkan sebentar lagi telah melepasi tapisan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Dirajaya Malaysia.
“Tiada jemaah Menteri yang mempunyai isu rasuah atau pertuduhan jenayah dilantik,” katanya mengumumkan barisan Kabinet baharu di pejabatnya hari ini.
Esok kesemua barisan Kabinet baharu itu akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Melawati, Putrajaya.- MalaysiaGazette
Mudah-mudahan aman kembali Malaysia kita. May God save and bless Malaysia.
Harap pihak kerajaan dapat kekalkan Hamid Bador sebagai KPN sehingga tarikh persaraan wajib untuk memberi laluan kepada muka2 baru!
Woshhh… ramai sekali Menteri dan Tim Menteri dari Kelantan – 11 orang semuanya. Hampir suku dari keseluruhan kabinet Malaysia.
Itu lah hasil gagasan BN++ serta Bersatu.
Jika dalam keadaan politik sebelum ini, tak usah diharap Kelantan dapat seramai itu!!!!…. Tahniah awal kepada anak-anak Kelantan diperantauan dan rakyat Kelantan keseluruhannya.
Tapi jika sekadar ramai sahaja, orang Kelantan kata “tak sohor” jika beberapa projek ekonomi sebagaimana berikut tidak dijadikan kenyataan. Diantaranya:-
1. LTIP ke taraf International Airport.
2. Minyak dan gas mendarat ke Pantai Senak, Bachok dan tidak lagi melalui negara jiran.
3. Menaik taraf Pelabuhan Tok Bali
4. Peningkatan pelabur-pelabur asing.
Alhamdullilah….jika perkara-perkara tersebut yang menjadi idaman rakyat Kelantan selama ini menjadi kenyataan, InsyaAllah negeri Cik Siti Wan Kembang tidak lah tercorot lagi dari segi pembangunan dan sosio-ekonomi, malah akan menjadi antara negeri yg termaju di Malaysia.
Oleh itu Pak-Pak Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri berkenaan kena lah berusaha keras dan ber”focus” agar segala yang diidamkan oleh rakyat tidak tercicir dari kindungan, yang menjadikan rakyat terus “berputih mata”….. sedangkan Menteri dan Tim Menteri yang teramai senyum lebar menikmati kemewahan hidup.