KUALA LUMPUR – Orangya kelihatan tegas dan serius namun ‘soft spoken’ dalam membicarakan isu serius yang sedang melanda negara.
Menggalas tugas berat, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah merupakan hanya individu yang diberi kuasa untuk mengeluarkan kenyataan mengenai Covid-19.
Beliau sedar setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya akan diberi perhatian serius wartawan dan bagi memastikan kesilapaan tidak berlaku, Noor Hisham mempersiapkan diri dengan menncoret sesuatu di atas sekeping kertas.
Sekali sekala beliau berbincang dengan seorang pegawainya yang berdiri di sebelah beliau.
Walaupun dilihat sebagai individu yang pendiam, Noor Hisham menggalakkan wartawan bertanya apa sahaja soalan yang ada di benak masing-masing bagi memastikan mereka yang hadir benar-benar faham apa yang berlaku: “Kalau banyak soalan nak tanya, inilah sesinya,”.
Selain daripada wabak yang sedang melanda negara berlegar di fikirannya, berita tidak tepat, khabar angin dan berita palsu turut menjadi ancaman beliau.
Malah sesekali perkataan yang dikeluarkan daripada mulutnya individu yang serius ini mampu mencuit hati para wartawan dan jurugambar yang hadir pada sesi Libat Urus Media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berhubung wabak Covid-19 di sebuah bilik mesyuarat di Kementerian Kesihatan.
Bagi Pengarah Kesihatan itu, Covid-19 terbahagi kepada dua iaitu virus dan viral.
“Kalau virus ia adalah tanggungjawab bersama, viral pula,” katanya sebelum menyerahkan kepada empat orang pegawainya taklimat mengenai virus tersebut menurut bidang masing-masing tanpa menyampuk sehingga selesai sesi yang mengambil masa selama dua jam itu.
Ia taklimat yang jelas dan mudah difahami yang bermula dengan langkah yang diambil pada awal penularan Covid-19 hinggalah ‘worse case senario’, jika ia berlaku.
Menyedari perkara-perkara yang berkaitan perubatan bukannya mudah untuk difahami dan sudah masak dengan perangai wartawan, Noor Hisham dengan sabar akan menjawab sahaja soalan selepas habis sesi tersebut.
Sepeti biasa jawapannya ringkas, padat dan berasaskan fakta serta sains sebelum beliau menuju ke ruang yang dikhaskan untuk persidangan media yang terletak di sebelah bilik mesyuarat itu. – MalaysiaGazette