Home Dunia Trump belum jalani ujian koronavirus

Trump belum jalani ujian koronavirus

Trump-640x360
Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump belum menjalani ujian koronavirus, meskipun dua pembuat dasar pentadbiran Amerika Syarikat yang bersama-sama dengannya sebelum ini diminta mengkuarantinkan diri masing-masing.

Mereka diminta berbuat demikian selepas menghadiri satu persidangan dengan seorang individu yang positif virus berkenaan.

“Trump belum menjalani ujian koronavirus,” kata White House.

Ini kerana, beliau tidak berhubung secara dekat dengan mana-mana pesakit Covid-19 yang diketahui dan tidak ada simptom-simptom.

Katanya, Trump masih dalam keadaan yang sangat baik dan doktor beliau akan terus memantau dengan teliti,” kata jurucakap White House, Stephanie Grisham dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts