BEIJING – Presiden China, Xi Jinping melakukan lawatan pertama ke Wuhan hari ini, pusat epidemik penularan virus baru paling teruk di China
Media milik kerajaan melaporkan, Xi tiba pada pagi ini di Wuhan yang kini ditutup bersama-sama dengan beberapa buah bandar berdekatan.
Xi akan memeriksa kerja-kerja pencegahan dan pengawalan serta melawat pekerja perubatan, sukarelawan, pesakit dan pekerja barisan hadapan, lapor media milik kerajaan.
Usaha menghalang penularan koronavirus menyaksikan had kemasukan pelawat baharu dilaksanakan di Eropah dan Timur Tengah dengan Itali memperluaskan larangan kemasukan ke keseluruhan negara itu, Israel mengarahkan semua pelawat dikuarantin hanya beberapa minggu sebelum sambutan Passover dan Easter manakala Sepanyol menutup semua sekolah di ibu negaranya.
“Kini virus itu telah bertapak di banyak negara, ancaman pendemik telah menjadi nyata,” kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Negara (WTO), Tedros Adhanom Ghebreyesus..
“Kelebihan besar kami ada ialah keputusan kami ambil ketika kerajaan, pernigaaan, komuniti, keluarga dan individu boleh mempengaruhi lintasan epidemik ini,”.
Lebih 113,000 individu dijangki virus itu dan lebih 3,900 orang meninggal dunia disebabkan Covid-19.
Kebanyakan kes adalah di China tetapi kini bilangannya telah berkurangan ketika kes di negara lain meningkat. Lebih 62,000 orang telah pulih. Bagaimanapun, Itali bergelut untuk menghentikan penularan virus tersebut. – Agensi