KUALA LUMPUR – Dalam senarai Jemaah Menteri yang diumumkan semalam hanya seorang sahaja Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Abdul Samad tidak berani sentuh.
Bagi beliau, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) adalah individu yang berkemampuan untuk menggalas tanggungjawab serta amanah.
“Mungkin seorang sahaja yang memenuhi tuntutan ayat 26 surah Al-Qasas tadi; Menteri Hal Ehwal Agama.
“Semoga Dr. akan diberi ruang untuk melaksana kebaikan serta mengongkong golongan pelampau agama dan kaum. Islam Rahmat pada semua,” katanya yang mengucapkan tahniah kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan dalam akaun Twitter beliau hari ini.
Surah Al-Qasas, ayat 26: “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja itu ialah yang kuat (berkemampuan) dan Amanah”.
Menurut Khalid, selain Dr. Zulkifli semua Menteri Kabinet termasuk daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah geng khianat.
“Tiada langsung yang menampakkan sifat “Kuat dan Amanah” seperti tuntutan ayat tersebut. Mungkin ayat tersebut hanya sebagai hiasan,” katanya. – MalaysiaGazette
Dh kenapa dia ni?..blom apa2 dh buruk sangka dgn org yg seagama lak tu..
Dio gilo talak!!
MCM DIA AMANAH SGT HAHA
Bekas menteri yg paling meroyan bila hilang jawatan dan kuasa…kah kah kah. Bekas Menteri lain rilek je. Tapi khalid samad hari2 lepas geram. Mana tak…dia dah dapat rasa, peluang takkan dapat semula
Khalid Samad ni dah terang lagi bersuluh tak termasuk Dom golongan Al qasas ayat 26 tu… Dulu Khalid janji Hari ini menang esok kilang arak tutup… Skrg sibuk tak suda 🙂
Masa untuk meroyan, biarkan lah! Tiada siapa melarang!
Lid… Kau ok ke?..
Hanya seorang sahaja menteri yang beramanah. Khalis Samat AMANAH… Hahahahaha
Rakyat dah bagi amanah tak jaga asyik duk tekan Tun M letak jawatan.
Dalam mesyuarat Majlis Presiden kau yang kuat menekan Tun M, nak sekarang ambik lah kau kuasa dah hilang.
Padan muka….
Dlm ph dulu langsung tak ada sorang pun yg berkemampuan nya tu pasa tumbang dlm masa singkat itu pun lambat siang nak komen sana sini elok kau pergi kedai rm 2 beli cermin dan cermin diri bru kau nampak fitnah mkan diri….kau belajar lah cara2 taubat dgn mujahid