TERKINI : Pegawai Bank Sahkan Tandatangan Saidi Berbeza

Penolong Pengurus Malayan Banking Bhd. (Maybank), Low Ai Lin memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsuddin menerima RM6 juta pada 20 Disember 2016.

Semasa pemeriksaan balas, peguam Rosmah iaitu Azrul Zulkifli Strok membangkitkan isu tandatangan Saidi yang kelihatan berbeza pada dua cek dengan tandatangan semasa membuka akaun di Maybank pada 27 Mac 2009.