Home Nasional SPRM tahan 12 pegawai dan anggota polis

SPRM tahan 12 pegawai dan anggota polis

MGF09042019_ROSMAH-MANSOR-SPRM_05-640x427
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dua belas pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata mereka ditahan kerana dipercayai menerima rasuah dan terlibat dalam kes salah guna kuasa.

“Saya sahkan ada antara mereka yang ditahan terdiri daripada pegawai dan anggota polis… kes ini sedang disiasat,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

— BERNAMA

 

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts