TERKINI : Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Akan Diteruskan – Tuan Ibrahim Tuan Man

Kementerian Alam Sekitar telah mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan sepanjang cuaca kering menjelang pertengahan April ini.

Menteri baharunya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun cuaca kering dijangka berakhir, namun pelan itu akan diteruskan bagi mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka berleluasa.

“Pelan ini diaktifkan bagi pelaksanaan tindakan pencegahan, pemantauan, pemadaman dan penguatkuasaan dalam menangani pembakaran terbuka oleh Kementerian dan agensi-agensi berkaitan.

“Kementerian juga mengaktifkan Pelan Tindakan Pencegahan Kebakaran Terbuka dan Prosedur Standard Operasi (SOP) Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut.