KAHERAH – Arab Saudi melaporkan sebanyak 24 kes baru koronavirus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 45 kes.
Kementerian Kesihatannya berkata, seorang pesakit dilaporkan telah pulih.
Menurutnya, 24 kes baru termasuk dua orang yang baru pulang dari Iraq, seorang kanak-kanak warga tempatan berusia 12 tahun yang kontak dengan datuknya yang berasal dari Iran.
Manakala 21 lagi warga Mesir dijangki selepas berhubung dengan seorang pelawat Mesir yang dilaporkan dijangkiti dengan virus itu. – MalaysiaGazette