Home Politik PH perlu nyata pendirian berhubung kenyataan Dr Mahathir

PH perlu nyata pendirian berhubung kenyataan Dr Mahathir

Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR – Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada Parti Keadilan Nasional (PKR), Parti Amanah Negara dan DAP perlu berbincang bagi menyatakan pendirian gabungan itu.

Perkara itu diusulkan oleh Biro Politik PKR yang bermesyuarat semalam susulan beberapa kenyataan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Kerajaan Perikatan Nasional.

Ketua Setiausaha Pengelola, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebarang pandangan lain tidak mewakili pandangan PKR dan Pakatan Harapan.

Menurutnya, tumpuan harus diberikan terhadap agenda reformasi dan mempertahan mandat rakyat pada PRU14.

”Pakatan Harapan harus kembali kepada semangat yang dibawa Buku Harapan bagi mengangkat nasib rakyat yang ditekan keadaan ekonomi yang ditimpa musibah berganda kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan, wabak Covid-19 dan penurunan harga minyak mentah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam dalam satu kenyataanya, Dr Mahathir percaya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan akan bertahan dalam undi tidak percaya di Parlimen.

Ini kerana, sokongan kepada Pakatan Harapan semakin berkurangan dan sukar membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional.

Dalam kenyataan terbaru pula, bekas Perdana Menteri itu orang Melayu tidak menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana falsafah politiknya yang liberal.

Menurutnya, orang Melayu belum boleh menerima ideologi liberalisme kerana takut kedudukan mereka terancam kerana orang Melayu hari ini hanya ada kuasa politik. – MalaysiaGazette

+ posts

2 Komen

  1. TUN TUTUP PINTU DEPAN
    TUN BUKA PINTU BELAKANG
    TUN CAKAP TUNGGU HUJUNG TAHUN
    TUN BUAT HAL AWAL TAHUN
    TUN MEMBAWA BALA DAN BENCANA
    KERANA TUN MEMBUKA RUANG
    LALU PEMBANGKANG MENGAMBIL PELUANG
    SOKONGAN PAS HANYA HELAH
    TUNGGU RETAK MEMBAWA BELAH
    PERCAYA DIRI SENDIRI NASIB TERBELA
    BELA NASIB RAKYAT NEGARA TERBELA

  2. Segala yg belaku ada atas kehendak allah swt.tp dri segi logik nya ada lah suata yg anih percaya pada musuh yg x pernah berdamai oleh kerana kuasa sanggup bersekongkol dgn musuh yg konon nya di janji kan dgn apa yg diidam kan oleh dasi…sekarang dah tahu siapa yg ambil kesempatan atas siapa.klu naik keatas dgn memijak kepala org lain pasti tak lama.tp syang nya melayu dgn melayu….bgai kan org yg melaung kan x kan hilang melayu di dunia sedang kan dia sendiri tak tahu hingga kini hidup mati nya kubur pun x jumpa.

Comments are closed.