Home Ekonomi Harga minyak mentah stabil

Harga minyak mentah stabil

SINGAPURA – Harga minyak stabil hari ini apabila pedagang menjangkakan pemotongan bekalan yang diketuai OPEC akan diteruskan pada pertengahan tahun manakala inventori minyak mentah Amerika Syarikat jatuh ke paras terendah sejak Februari.

Kontrak hadapan minyak mentah Crude LCOc1, penanda aras antarabangsa harga minyak adalah $50.82 setong pada 0120 GMT pada Jumaat, meningkat lima sen daripada harga semasa ditutup semalam.

“Harga minyak mentah mungkin sedang menyeimbang untuk pemulihan.

“Kedudukan kontrak hadapan minyak mentah terbuka berada di paras terendah sejak November 2016 yang mungkin boleh menyokong rali harga yang signifikan sekiranya OPEC memanjang tempoh pemotongan bekalan,” kata pegawai bank pelaburan Amerika Syarikat, Jefferies dalam satu nota.

OPEC dan pengeluar-pengeluar minyak yang lain dijadualkan untuk bertemu pada 25 Mei di Vienna, Australia bagi memutuskan sama ada untuk meneruskan pemotongan bekalan dan dijangka mereka akan bersetuju bagi pengurangan yang lebih banyak kali ini.-MalaysiaGazette