Home Politik PKR akan pecat 4 lagi ahli

PKR akan pecat 4 lagi ahli

Sasaran khusus perkataan khianat yang dituju kepada Ahli Parlimen Ampang dan Gombak itu jauh tersasar..

KUALA LUMPUR – Seramai empat orang lagi anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dibuang daripada keahlian parti itu.

Mereka itu dipercayai terlibat dalam pengkhianatan terhadap Kerajaan Pakatan Harapan.

Ketua Setiausaha Pengelola, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, setakat ini seramai 27 orang telah dibuang atau keluar parti. termasuk Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang dipecat pada Majlis Pimpinan Pusat 24 Februari lalu.

Menurutnya, dua lagi anggota dibuang pada Majlis Pimpinan Pusat pada 1 Mac 2020 dan lain-lain anggota menerusi bukti yang dikumpul di media sosial, rakaman video, pengumuman media dan lain-lain lagi.

”Empat orang lagi anggota akan diproses pembuangan mereka dari daftar keanggotaan parti dalam masa yang terdekat berdasarkan sumber-sumber bukti yang sama,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah beliau, Biro Politik PKR yang bermesyuarat semalam telah meluluskan 12,896 orang anggota baharu antara 1 Januari sehingga 11 Mac lalu dengan Perak mencatat permohonan anggota paling ramai 3,108 diikuti Selangor 2,352, Sarawak 1,559, Kedah 1,414 dan Johor 959. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kau pecat semua pun sapa nak kisah jgan fikir org akan sakit kepala bila pecat ahli kau.

  2. Yang kena pecat baru 27 orang, tapi yang keluar lebih 10 ribu orang. Yang tinggal 10 orang je!

Comments are closed.