Home Utama 1MDB: Covid-19 ‘serang’ seluruh pasukan pembelaan Najib

1MDB: Covid-19 ‘serang’ seluruh pasukan pembelaan Najib

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi ketika bermulanya kes perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguh hampir empat bulan dikejutkan dengan berita serangan wabak Covid-19 kepada keseluruhan pasukan pembelaan hari ini.

Kes perbicaraan yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang masuk hari ke-23 petang tadi terpaksa ditangguhkan kerana kesemua peguambela terpaksa dikuarantin diri masing-masing berikutan wabak berbahaya yang senang berjangkit.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah dimaklumkan kesemua peguambela berada dalam kuarantin rumah selepas ketua pasukan peguambela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dikatakan telah mempunyai kontak secara langsung dengan pesakit Covid-19.

Menurut peguam Muhammad Shafee, Noor Farhah Mustaffa, Muhammad Shafee mempunyai kontak dengan individu berkenaan ketika kenduri di rumahnya pada Sabtu lepas.

Collin kemudian membuat keputusan supaya pihak pembelaan mengemukakan surat rasmi berkaitan kuarantin Covid-19 Itu.

Jelas beliau, surat itu perlu menyatakan tentang pengesahan tersebarnya wabak Itu di rumah kakak ipar Shafee serta kesemua mereka telah menjalani ujian berkenaan.

“Tanpa surat-surat ini, Saya tidak nampak kita perlu lakukan sebarang penangguhan lagi. Perbicaraan bersambung esok,” ujarnya.

Najib ketika ini menghadapi pertuduhan penyewelengan dana sebanyak RM2.3 bilion selain 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama dana 1MDB.

Perbicaraan 1MDB telah ditangguhkan pada 13 November tahun lalu tahun kerana kedua-dua peguam , Shafee Abdullah dan saksi pendakwaan ke-9, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi sakit. -MalaysiaGazette