Home Seni Hidup Mira Filzah bakal menantu timbalan menteri

Mira Filzah bakal menantu timbalan menteri

KUALA LUMPUR – Spekulasi terus bertiup kencang apabila selebriti popular, Mira Filzah, 26, akan bergelar isteri pada bulan Oktober ini.

Pelakon dan pengacara itu bakal memilih rakan lamanya, Wan Emir Astar yang majllis pernikahan bakal diadakan di ibu negara.

Pasangan sama padan itu telah lama mengenali antara satu sama lain sejak bangku sekolah lagi.

Bagaimanapun, hubungan mereka terputus sehinggalah kembali bertemu dan berhubung semula apabila Wan Emir melanjutkan pengajian.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman yang juga Bintang Paling Popular tahun lalu dikatakan sudah dirisik oleh keluarga Wan Emir yang juga seorang arkitek.

Lelaki berusia 30 tahun itu pula merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Ibu Wan Emir ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dalam Kabinet Malaysia 2020. – MalaysiaGazette