BANGI- Datuk Dr Khairuddin Aman Razali akan tetap menjalankan tugas dengan yakin tanpa menghiraukan sebarang kritikan daripada pemimpin kerajaan terdahulu.
Menteri Perusahaan, Perdagangan dan Komoditi itu menambah, beliau tidak mengambil peduli tentang komplen dan kritikan terhadapnya pada akhirnya akan memberi kesan kepada perjalanannya menjalankan tanggungjawab.
“Kalau kita hanya melihat komplen dan komen tidak bekerjalah kita. Kita kena melihat ke depan. Komen dan komplen tidak akan habis. Orang politik memang suka komen.
“Kita yakin dengan apa yang kita ada, itu nombor satu sekarang ini. Kita buat kerja. Biarkan komen berlalu, teruskan kerja,” kata pemimpin Pas yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus itu
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas beliau dan dua timbalannya iaitu Datuk Seri Wee Jeck Seng dan Willie Anak Mongin mengadakan lawatan ke Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Persiaran Institusi, Bangi hari ini.- MalaysiaGazette
teruskan kerja. jangan pandai bercakap sahaja. pasaran minyak sawit perlu ditambah. esok lusa keluar negara cari pasaran. jangan ingat bini kat rumah lagi.