Home Sukan Grand Prix Australia dibatalkan

Grand Prix Australia dibatalkan

MELBOURNE – Perlumbaan pembukaan musim Grand Prix Australia dibatalkan hari ini kerana kebimbangan penularan koronavirus, kata Australian Grand Prix Corporation.

Pembatalan itu dibuat selepas seorang kakitangan pasukan McLaren diuji positif.

Menerusi satu kenyataan, penganjurkan memberitahu mereka dinasihatkan oleh Formula 1 yang mahu membatalkan perlumbaan itu.

“Berikutan keputusan ini, Australian Grand Prix Corporation mengesahkan Grand Prix Formula 1 Australia dibatalkan serta-merta,” katanya. – MalaysiaGazette