Home Nasional Jangan sampai rakyat meluat – Abdul Hamid

Jangan sampai rakyat meluat – Abdul Hamid

Tun Abdul Hamid Mohamad

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin parti diminta jangan membangkitkan lagi isu pembahagian jawatan Menteri dan Timbalan Menteri sebaliknya belajar tentang tugas masing-masing.

Namun, jika tidak puas hati, lebih baik letak jawatan, tegas Tun Abdul Hamid Mohamad.

Bekas Ketua Hakim Negara itu berkata, nampaknya pemimpin-pemimpin terutama dari UMNO masih tidak berubah, tidak mengambil iktibar daripada kekalahan dalam PRU 14 kerana lebih mementingkan parti dan diri daripada kepentingan negara, bangsa dan agama.

”Tolonglah diam dan belajarlah daripada pegawai-pegawai di kementerian masing-masing mengenai bidang kuasa dan tugas masing-masing. Anda tidak terus tahu segala-galanya mengenai tugas anda apabila dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri. Janganlah hendak tunjuk pandai dalam perkara yang anda tidak tahu, nanti yang akan nampak adalah kebodohan anda.

”Tolonglah jangan bangkitkan lagi isu pembahagian jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Jika tidak puas hati, letak jawatan. Jika tidak, buat kerja. Jika tak tahu, diam. Pegawai-pegawai di kementerian anda tahu melakukannya,” kata beliau dalam blognya.

Lagipun, katanya, Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik belum sempat pun membaiki kerosakan yang dilakukan oleh Pakatan Harapan dalam tempoh 22 bulan lalu.

”Pemimpin-pemimpin itu sudah pun membangkitkan rasa tidak puas hati mengenai pembahagian jawatan dalam Kabinet PN di antara parti-parti komponen PN. Masing-masing mahu lebih untuk partinya.

”Berapa banyak jawatan Menteri hendak diwujudkan untuk diberi kepada setiap parti dan setiap orang supaya mereka berpuas hati?,”soalnya.

Tegas beliau, keadaan negara begitu teruk dengan masalah ekonomi, Covid-19, harga barang yang naik melambung, minyak sawit tidak laku, harga petroleum dan nilai saham jatuh merudum dan berbagai-bagai lagi.

Abdul Hamid mengingatkan pemimpin-pemimpin berkenaan bahawa rakyat sedang memerhati mereka.

Lantaran itu, mereka diingatkan jangan bagi rakyat meluat kerana pemimpin-pemimpin itu memerlukan undi mereka.

Beliau turut mengingatkan pemimpin-pemimpin berkenaan supaya sedar bahawa musuh politik mereka dalam Pakatan Harapan dan blog-blog Internet yang menyokong kerajaan dahulu menunggu peluang sahaja untuk melaga-lagakan dan menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional yang ibarat telur di hujung itu. – MalaysiaGazette

13 Komen

  1. Rasanya umno xdk pertikaikan sgt pn..presiden umno pn xbunyi apa..peminpin2 umno yg lain ja..tu dh dikira pendapat peribadi mereka

  2. betul sangat. umno tak sedar diri. tamak dan jahat. buat lah kerja untok menutup kesalahan lama. atau letak jawatan …..

  3. Sokong sgt pandangan Tun H itu.
    Ini bukan masanya utk berbalah lg sesama sendiri dlm permuafakatan ini..
    Ini kerajaan dn jawatan ANUGERAH…
    jgn sampai dimurkai rakyat dn blbh2 lg SANG PENCIPTA..

  4. Tapi sesungguhnya rakyat meluat dengan Tun Madey. Semua duit 1Mdb minta di kesan dia sorok kat mana. Rasanya dia dah bagi pada kroni dia yang dah kaya raya tu. Heret dia ke pengadilan.ini lagi besar punya kleptokrat. Rakyat diperbodohkan.

  5. Klu nak rasa jadi menteri 3 bulan buat lah hal….yg dah di lantik buat kerja untuk rakyat jgan samata2 kerana imbuhan…rakyat dah x hairan dah nak tukar kerjaan berapa kali dlm 1 thun…yg tak ada jawatan tu pgi bantu yg ada jawatan tu betul kan kerosakan negara kbali kan negara dlm keadaan stabil dlm semua aspek.jgan duk sekali2 duk ungkit apa yg ph buat jgan ikut cara samasa mereka memerentah.

  6. Tak cukup2 ke nak kumpul harta kepada geng2 yang tak puas hati pembahagian jawatan, memang meluat betul. Biar PN setel masaalah negara dulu dan PH duduk diam2, ini pun lagi rakyat lagi bertambah meluat, sibuk memperjuangkan hak golongan minoriti je.

  7. Hahaha, perikatan nasional sebenarnya kerajaan rojak yg mudah basi, tak boleh pakai punya.. Muhidyin yg jadi bos skrg ni, umno/pas/GPS jangan harap nak duduk senang.. Semua jawatan yg diberi tu hanya gula2 sementara utk parti mereka je , muhidyin tak janji pun nak bagi diorang ni senang.

  8. PM..kuat bekerja.dan dgn pengalaman/ ilmu tadbir beliau boleh gerakkan Malaysia ke jalan yg betul.

  9. Memang pemimpin umno ramai yg x sedar diri.sepatutnya syukur sbb dpt kembali ke putrajaya dgn bantuan rakan party…tampa mereka umno dh brrkubur.yg terbaik dh dilakukan olehPM.terima aje lah…nak puas hati semua pemimpin itu mustahil.x kan asyik muka dulu jugak yg nak memimpin.cuba muka baru dgn idea yg lebih segar dan dinamik.kalau azlina x payah laa…meluat aje kami menengok dgn identiti diri yg tiada….subhanallahh.

  10. Sokong 100%. Buat lah kerja dulu tunggulah PRU15. Jangan sampai nanti sokongan merosot. Baru nak tenang dah dihuru-harakan dengan ketidakpuasan hati. Yang jadi batu api bekas menteri yang tidak dilantik. Cuba diam mulut tu…!!!!

Comments are closed.