Home Ekonomi Nilai jualan perdagangan borong, runcit cecah RM114.8b Januari lalu

Nilai jualan perdagangan borong, runcit cecah RM114.8b Januari lalu

KUALA LUMPUR – Nilai jualan perdagangan borong & runcit tumbuh 5.4 peratus dengan merekodkan RM114.8 bilion berbanding setahun yang lalu disumbangkan oleh perdagangan runcit yang berkembangsebanyak 6.7 peratus.

Ia dipacu oleh jualan runcit barangan lain sebanyak 8.3 peratus, jualan runcit di kedai bukan pengkhususan 8.1 peratus dan jualan runcit makanan, minuman & tembakau, 8.0 peratus.

“Pada tempoh sama, nilai jualan perdagangan borong dan kenderaan bermotor turut berkembang untuk
merekodkan 5.2 peratus dan 1.0 peratus,” menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Bagi prestasi perdagangan borong & runcit berbanding bulan lalu, nilai jualan menyusut sebanyak 0.9 peratus.

Penurunan in disebabkan oleh kejatuhan dalam subsektor perdagangan runcit sebanyak 2.0 peratus dan kenderaan bermotor sebanyak 0.9 peratus.

Walau bagaimanapun, subsektor perdagangan borong mencatatkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus pada bulan ini, katanya.

Bagi indeks volum, perdagangan borong & runcit menokok 5.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya didorong oleh perdagangan runcit yang mencatatkan pertumbuhan 6.7 peratus tahun ke tahun.

Perdagangan borong turut berkembang sebanyak 5.3 peratus dan kenderaan bermotor merekodkan pertumbuhan 0.9 peratus pada bulan ini. – MalaysiaGazette