KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meluahkan pandangan tentang pelantikan Jemaah Menteri baru-baru ini yang disifatkan sebagai telah mengetepikan UMNO dengan cara yang sangat tidak adil.
Beliau membuat rumusan itu bersandarkan kepada dua perkara iaitu pertama, pemberian portfolio kementerian yang tidak kritikal sekaligus tidak setimpal dengan jumah Ahli Parlimen yang disumbangkan oleh UMNO serta tahap pengalaman mereka.
Kedua, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu, keanggotaan Kabinet secara jelas memberikan manfaat yang sangat besar kepada blok Bersatu dan Datuk Seri Azmin Ali.
“Terdapat pelbagai desas desus berhubung pelantikan Kabinet yang baharu bermula, dari ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri sehinggalah kepada dakwaan bahawa komposisi Kabinet adalah berat sebelah.
“Biar apa pun keadaannya, yang perlu difahami adalah betapa pelantikan anggota kabinet adalah budi bicara Perdana Menteri sepenuhnya.
“Namun begitu, adalah jelas bahawa UMNO selaku blok Ahli Parlimen terbesar telah diketepikan dengan cara yang sangat tidak adil yang boleh dilihat daripada 2 perkara,” kata dalam kenyataan di laman Facebook.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, sekalipun ia bukanlah kepentingan paling afdal untuk UMNO memegang kedudukan erajaan dalam iklim politik semasa, adalah mustahak untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin menyantuni saiz perwakilan parti dalam kerajaan atas dua dasar.
Pertama, kerana ini adalah sistem Westminster. Kabinet mengamalkan Tanggungjawab Kolektif, yang hanya akan berkesan jika setiap parti diwakili dengan jumlah yang sewajarnya.
Perkara ini, katanya, sangat kritikal kerana hanya dengan mempunyai Kabinet yang bersatu hati, Kerajaan boleh bergerak secara bersama dengan para pendukungnya.
“Hanya dengan yang demikian, Kerajaan boleh memfokuskan kepada urusan tadbir urus dan pemerintahan,” katanya.
Dasar kedua pula, menurut beliau, amalan selama ini perwakilan setara dengan saiz yang diwakili dan ia merupakan sistem yang berjaya.
Malah, katanya, Pakatan Harapan sendiri mengamalkan pendekatan yang sama semasa menjadi Kerajaan.
“Maka, adalah lebih penting dalam keadaan semasa yang menyaksikan kita sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sukar.
“Dengan cabaran Pandemik Covid-19, kejatuhan pasaran saham dan ketidaktentuan ekonomi, kita tidak mempunyai ruang dan masa untuk berlengah dan melakukan kesilapan.” katanya.
Artikel berkaitan: Ahli MT UMNO tidak selesa pemilihan Azmin, portfolio menteri
Mohamad berkata, Kabinet adalah institusi yang memandu dan mengukuhkan bangsa, saat ia berhadapan dengan waktu yang sukar.
Sebuah Kabinet yang kuat, terbukti dan inklusif adalah kritikal bagi memastikan kejayaan Perikatan Nasional.
“Sekiranya pengalaman politik ini diketepikan, ia akan memberi kerapuhan yang boleh membawa kepada kegagalan.
“Tanpa sebuah Kabinet yang kuat, Malaysia akan terus menerus menyaksikan polemik politik yang tidak berkesudahan sekali gus tidak memungkinkan kita untuk memberi perhatian kepada pembangunan dan daya saing bangsa,” katanya. – MalaysiaGazette
Xpe Tok Mat. Rakyat nampak game PPBM ni. TSMY dan Atok. Sabar jerlah. PRU15, kita pulun MN ok. Buat masa skrg, kita tgk apa lg dorang nak main. Perhatikan MP UMNO. Kalau berkiblatkan Tun atau PPBM, x payah calonkan lagi pd PRU15. Majoriti Melayu Muslim bersama PAS dan UMNO.
Betul tu sy setuju dgn Nelliel.PRU 15 MN sapu bersih.
Setuju
Cuba lihat komen2 yg lain, rasanya UMNO perlu kpd pemikiran kritical, strategis dan matang, ingat lawan yang betul2 wajib ditentang yang tidak dalam saf yang niatnya bukan padaNya. Bina kekuatan di kalangan orang2 muda, bina masa depan bukan bina perhiasan masa lampau. UMNO perlu dinamik bukan retorik masa lampau semata2 dan pastikan UMNO tiada tolok gantinya, bukan bunga bukan kopiah , yg lain jauh sekali.
Paling saya tak setuju ialah Menteri Kanan Pendidikan. Atas sebab apa Radzi Jidin tu dilantik? Padahal dia bertanding pilihanraya kalah teruk. TS Muhyidin kata nak ikut aspirasi rakyat tapi rakyat dah tolak mamat ni dlm pilihanraya…kalau yer pun lantik Tim Menteri tak pe lah..siap Menteri Kanan lg apa hal???
Paling tak wajar ialah Menteri Kanan Pendidikan si Radzi Jidon tu..patut dia jd Timbalan Menteri je..Dia ditolak rakyat dan kalah teruk dlm PRU..tp jadi Menteri Kanan??? OMG
Tok mat. ..hidup maufakat nasional. Majoriti melayu bersama maufakat nasional.(rakyat pon tak tolak perikatan nasional). Rapatkan saf , jangan bercerai. Bagi lah rakyat bernafas dengan lega. Masa untuk berkerja….. rakyat gembira sebab barisan kabinet sudah tidak ada dap. Sabar dulu tok mat. Sabar dulu tok mat. Sabar dulu tok mat. Buat persiapan utk pru 15 .
BERSYUKURLAH SEMUA
Sabar tok mad.atur gerakan baru teguhkan persatuan pru 15 tak lama lagi lihat dulu permainan seterus nya
Cuba lihat gps .dia cuma sokong bukan masuk itupun degsn bersyarat kalau tak.pandai lah mereka aturka stratiji baru tengok dulu lah
1. Kehendak manusia…mcm mana pun tak akan pernah puas..apatah lagi dalam merebut kuasa..
2. Pertama kali seorang PM merujuk dan melantik seorang agamawan yg bukan politician dalam kabinet..
3. Semoga ini menjadi jalan kepada pembentukan kerajaan yang telus dan adil untuk mentadbir demi kepentingan rakyat..
4. Jika tragedi baru2 ni membuka mata hati kita untuk melihat kerakusan dlm merebut kuasa kini Allah tunjukkan lagi setelah terlantiknya kerajaan baru mula keluar suara ketidakpuasan hati yg sebenarnya terpendam yg kian membara…
5. Semoga rakyat tidak terus menjadi mangsa kerasukan kuasa..
6. Ya Allah selamatkanlah kami rakyat Malaysia..
Bubar palimen. Pasti umno dan pas menang besar. Saya keturunan cina rakyat Malaysia. Kalau itu adalah kehendak majoriti saya terima. Bukan macam sekarang pecah masuk rumah orang tak kira masuk ikut pintu depankah belakangkah tetap pecah masuk
sabar tok mat,perkemaskan gerakerja bersama Umno n Pas n Sabah srawak demi PRU15
lg penting ,bena ukhwah lebih mantap,kukuhkan tali perjuangan demi agama,bangsa ,negara.
Mangkuk ayunrterpinggir, miskin dn dipandang SAMPAH OLEH KAUM LAIN. islamx maju2 malah makin kecil fungsinya kau kerjakan. PERPADUAN ANG KAUM ADALAH KEGAGALAN KAU TERBESAR. SAMA SKALI GAGAL. melayu sanpah dimata mereka . WAHAI PEMIMPIN UMNO, DLU SMPAI SKRG..KAULAH PENYEBABNYA.
Kerosakan lebih teruk dr dap dn ph dpt dihindarkn. Buat sementarra. Ini peluang ke2 allah taala kurnia pd melayu malaysia. dihakisnya melayu dn islam dri tanahair sendiri. Allah bgi peluang kedua dgn terlepasnya kita dri perbuatan kApir dn nk tekubur. Drp lebih 50 kerusi tinggal 39 kerusi. Yg Lompat, yg jual diri(dibeli).klau diberi sebulan lgi mau tinggal 30 kerusi. Nasib baik kerajaan betukar seblm tempohnya.
Allah bgi kesempatan kedua dgn terhindarnya kerosakan lbh teruk umno pn terus lupa diri sekelip mata tamak gila kuasa pula?. Kau pembangkang skrg jdi pemerintah kau gila babi x puas hati pasai pembahagian kuasa pulak. Apa jenis parti kau nih.? Kau umno bn memerintah 61 tahun dah. Rakyat beri kepercayaan pd parti kau 61 TAHUN X PENAH TUKAR. .APA JASA KAU BERIKAN PD BANGSA MELAYU DN ISLAM? Realitinya.. MELAYU MAKIN TERPINGGIR, MISKIN DN DIPANDANG SAMPAH OLEH KAUM LAIN. ISLAM LANGSUNG TAK MAJU2 , ISTITUSI SYARUAH MAKIN TERKEBELAKANG. MRMUPUK PERPADUAN ANT KAUM GAGAL SAMA SKALI.
PLG PARAH…SEMUA PEMIMPIN UMNO KAU ANGKAT SEMUANYA BAPAK PEROMPAK, RASUAH XDE MORAL PUNYA MAKHLUK SALAH GUNA KUADA. DARI ATAS SAMPAU BAWAH.
semuanya terpalit dgn tuduhan2 berat. Kerajaan bn manipulasi sistem kehakiman dn mahkamah macam bapaak diorang punya. Semua kes pincang. Pincang semuanya. Pemimpin2 Lanun dilepaskan semuanya.
Dasar parti x kenal diuntung! Penuh dgn geng2 munapik. Ibarat terlepas mulut babi . Now pemimpin umnodn umno seljruhnya CUBA NAK HERET MeLAYU DN ISLAM masuk mulut NAGA..
quran ckap munapik lbh bangsat dr kapir. Sbb tu munapik dibakar plg bawah dlm neraka . DAN INGAT, HNYA ORG ISLAM SHJ BOLEH BERTUKAR JDI MUNAPIK!!
TSM ni dah mula nak wayang kulit dgn MN nak tnya jugak dua perkara yg mnjadi musykil pertama knapa TPM tak dilantik dari kalangan UMNO atau PAS yg kedua belah mana logiknya Azmin dilantik jadi menteri kanan dan mnggantikan tugas PM semasa ketiadaan TSM. Rasanya org bodoh pun boleh fikir muslihat disebalik ini. Pelikk