KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Terengganu kesal dengan serangan provokasi oleh sekumpulan individu terhadap Khalid Samad.
Lebih-lebih lagi kejadian kepada Ahli Parlimen Shah Alam pada 13 Mac lalu berlaku di Kuala Terengganu.
“Pemuda Amanah Negeri Terengganu merasakan tindakan terbabit mengambarkan bibit bibit ekstremisme yang wujud dalam satu satu kelompok yang terlalu taksub pada sosok tubuh individu sehingga sanggup bertindak diluar batas undang-undang.
“Politik samseng adalah politik yang seharusnya tidak lagi mengambil tempat pada tahun 2020, sebaliknya politik nilai dan matang seharusnya dipraktikkan oleh semua pihak,” kata ketuanya, Zamir Ghazali dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, Pemuda Amanah Terengganu juga ingin mengingatkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai undang undang.
“Pelanggaran terhadap undang undang tidak seharusnya berlaku dan ia bukanlah satu tindakan yang boleh dibangga-banggakan,” ujarnya lagi.
Pihaknya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada polis yang membantu dan memastikan keselamatan pihak Khalid dari awal sehingga beliau berangkat pulang. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Len kali mulut kena jaga..
Pepatah melayu kan ada sebut:
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa.
Kepada pemuda amanah.. Nasihatkan la ketua2 korang. Sebelum keluar perkataan tu.. Tgk la kiri kanan dulu..
Mulut yg mengata tu betul kpd badan yg dikata.
Pemuda Amanah dan ketuanya tahu apa yg mereka buat dan kata.
Komennya selalu mengundang provokasi akhirnya disebabkan busuknya mulut sendiri org lain pula yg disalahkan…khalid samad perasan suci…gosoklah tuan dap kamu tu…
Tuan Lid disentuh pun tidak takkan dah menyalak? Sebelum mengata orang, tolong nasihatkan dulu rakan-rakan parti gabungan anda yang bertindak lebih samseng membaling botol tepat ke muka Tian Chua. Org maki sikit takkan dah goyang Tuan Lid?
rakyat malaysia lagi kesal dan menyesal sebab ada orang tua macam KHALID SAMAD yang mulut macam longkang, mulut puaka macam sial..
padan muka kau
sapa suruh mulut jahat sangat