Home Politik DUN Sarawak lucutkan kelayakan wakil rakyat DAP Dr Ting Tiong Choon

DUN Sarawak lucutkan kelayakan wakil rakyat DAP Dr Ting Tiong Choon

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini melucutkan kelayakan wakil rakyat DAP Dr Ting Tiong Choon sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut pada persidangan DUN hari ini.

Speaker Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar membuat keputusan itu, dipercayai kes pertama di Malaysia, selepas Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh membentangkan usul untuk melucutkan kelayakan Dr Ting.

Wong membuat usul itu atas dasar wakil rakyat DAP berkenaan mempunyai kerakyatan Australia yang dilepaskannya pada 4 April 2016, tiga minggu sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri.

Beliau juga berkata Dr Ting telah diisytiharkan muflis dua kali di Australia di bawah Pihak Berkuasa Kewangan Sekuriti Australia pada 24 Jun 2012 dan 11 Sept 2012.

Wong berkata Dr Ting sebagai warganegara Australia, juga merupakan pengundi berdaftar di Australia.

— BERNAMA