Home Ekonomi Pasaran merudum, penurunan kadar faedah AS gagal atasi panik

Pasaran merudum, penurunan kadar faedah AS gagal atasi panik

Keadaan para pedagang di New York Stock Exchange selepas sesi penutup pada 13 Mac 2020. foto Reuters

SYDNEY – Pasaran saham dan dolar Amerika Syarikat (AS) jatuh ketara dalam dagangan hari ini selepas Rizab Persekutuan melakukan pengurangan kecemasan pada kadar faedah.

Niaga hadapan AS mencecah kejatuhan maksimum. Dolar AS susut lebih daripada 2% berbanding yen.

Manakala niaga hadapan Nikkei turun 6%.

Indeks saham Australia jatuh 7% pada suku pertama dagangan.

Rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar faedah sebanyak 100 mata asas pada hari Ahad kepada julat sasaran sebanyak 0 peratus kepada 0.25 peratus.

AS juga mengumumkan pakej rangsangan ekonomi kira-kira AS $ 700 bilion dalam menangani impak wabak koronavirus kepada ekonomi.

Bank Pusat New Zealand juga mengurangkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, mendorong kejatuhan nilai mata wang negara tersebut yang bersedia menghadapi kemungkinan dalam ekonomi.

Kontrak hadapan E-mini bagi Indeks S&P jatuh 4.77% dalam had dagangan harian di luar AS.

Lima Bank Pusat lain juga mengurangkan kadar faedah bagi pengaturan matawang bagi memudahkan mereka menyediakan dolar kepada institusi kewangan yang menghadapi tekanan dalam pasaran kredit.

Pengaturan itu dibentuk oleh Rizab Persekutuan, Bank of Canada, Bank Pusat Eropah, Bank of England, Bank of Japan dan Bank Pusat Swiss dalam menghadapi krisis kewangan.

Mereka juga bersetuju untuk menawarkan kredit tiga bulan dalam dolar AS secara tetap dan pada kadar lebih murah daripada biasa.

Langkah itu dirancang untuk mengurangkan harga bank dan syarikat membayar untuk mengakses dolar AS, yang telah melonjak dalam beberapa minggu kebelakangan ini kerana pandemik menyerang pelabur.

Australia pula meletakkan sejumlah AS$3.6 bilion dalam sistem kewangannya. – MalaysiaGazette