KUALA LUMPUR – Spekulasi rumah tangga pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan suaminya, Engku Emran bukan lagi menjadi rahsia sejak beberapa lalu.
Ia gara-gara tindakan Laudya memadam kesemua fotonya bersama suami di Instagram termasuk gambar pernikahan mereka.
Malah, Laudya turut dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.
Lebih menambahkan tanda-tanya apabila pelakon Indonesia itu muncul di sebuah majlis baru-baru ini tanpa memakai cincin perkahwinannya.
Terbaru, timbul spekulasi lagi mengatakan pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung.
Menerusi media Indonesia, ada sumber mengatakan Laudya telah kembali menetap di Jakarta sementara suaminya di Kuala Lumpur.
Walaupun pelbagai khabar angin timbul mengenai rumah tangga mereka, namun pasangan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
Emran dan Laudya mendirikan rumah tangga pada September 2017. Sebelum itu, Emran pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2014. – MalaysiaGazette