Home Ekonomi Kakitangan Petronas bekerja dari rumah

Kakitangan Petronas bekerja dari rumah

Petronas

KUALA LUMPUR – Sebagai langkah berjaga-jaga untuk meminimumkan risiko yang disebabkan oleh Covid-19, Petronas menggalakkan kakitangannya bekerja dari rumah.

Bagi pekerja yang dikehendaki hadir secara fizikal di pejabat atau di operasinya, Petronas telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja mereka di tempat kerja.

Petronas dalam kenyataannya berkata, walaupun langkah-langkah berjaga-jaga ini dilaksanakan, syarikat itu komited untuk memastikan hanya gangguan minimum terhadap perniagaan dan penyampaian perkhidmatannya.

Menurut Petronas, kssihatan dan keselamatan kakitangan, pelanggan dan rakan kongsi kekal menjadi keutamaannya. – MalaysiaGazette