Home Seni Hidup Covid-19: Lawatan ke Parlimen dibekukan

Covid-19: Lawatan ke Parlimen dibekukan

Dewan Rakyat Parliament
Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Permohonan lawatan ke bangunan Parlimen dibekukan sementara berikutan penularan wabak Covid-19 berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pentadbir Parlimen menerusi hantaran di portal rasmi Parlimen Malaysia, hari ini.

Permohonan lawatan itu akan dibuka semula apabila kerajaan mendapati keadaan kembali normal. – MalaysiaGazette