![taxi](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/03/taxi-640x360.jpg)
BEIJING – China melaporkan sebanyak 21 kes jangkitan baru koronavirus semakam, naik 16 kes berbanding hari sebelumnya.
Suruhanjaya Kesihatan China berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan positif Covid-19 naik kepada 80,881.
Manakala jumlah kematian di China pula sebanyak 3,226 kes sehingga semalam, meningkat 13 kes berbanding hari Ahad.
Hubei menyaksikan 12 kematian dan Wuhan 11.
Jumlah kes jangkitan import di China berjumlah 143, bertambah 20 kes berbanding sehari sebelumnya. – MalaysiaGazette