BRUSSELS – Ketua Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) mencadangkan supaya menggantung kemasukan warga asing selama 30 hari ke blok itu dalam usaha mengekang penularan koronavirus.
“Lagu banyak perjalanan dikurangkan, lebih mudah kita mengekang virus. Oleh itu … saya mencadangkan kepada ketua-ketua negara dan kerajaan untuk memperkenalkan sekatan sementara perjalanan yang tidak penting ke EU,” kata Ursula von der Leyen.
Menurutnya, sekatan perjalanan ini perlu disediakan untuk tempoh 30 hari, tetapi boleh berpanjangkan sekiranya diperlukan.
Bagaimanapun, beliau berkata, pengecualian diberikan kepada termasuk penduduk EU jangka panjang, ahli keluarga warga EU, diplomat, doktor dan penyelidik yang bekerja sepanjang krisis Covid-19.
Seorang pegawai EU berkata, pengharaman itu akan meliputi 30 negara – semua negara anggota EU tetapi Ireland, serta empat negara bukan EU yang bersama dalam blok di zon terbuka sempadan Schengen.
“Ireland dan UK … digalakkan untuk menyelaraskan,” kata pegawai itu. Ireland bukan ahli Schengen dan Britain meninggalkan EU pada bulan Januari,” jelasnya.
Para pemimpin EU akan membincangkan cadangan itu pada persidangan video pada hari Selasa.
Setakat ini EU mendapati sukar untuk mendapatkan jawapan yang jelas mengenai kecemasan kesihatan dan beberapa negara telah mengenakan kawalan sempadan secara unilateral.
Sebelum ini, Ursula memberi amaran kepada negara-negara EU agar tidak menjejaskan bekalan makanan dan ubat-ubatan ketika melaksanakan kawalan sempadan. – MalaysiaGazette