Home Nasional Kerajaan perlu sediakan FAQ jawab soalan rakyat- PH

Kerajaan perlu sediakan FAQ jawab soalan rakyat- PH

KUALA LUMPUR- Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan malam tadi perlu disusuli dengan penjelasan yang lebih terperinci kerana telah mengundang lebih banyak persoalan daripada rakyat berhubung pelaksanaannya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, kerajaan seharusnya menerbitkan set soalan yang sering ditanya (Frequent Ask Questions/FAQ) bagi memberi penjelasan dan butiran terperinci mengenai langkah terbaharu menangani penularan wabak Covid-19.

Antara perkara yang banyak dibangkitkan rakyat katanya, adalah mengenai status premis makanan yang banyak beroperasi di negara ini.

“Kenyataan Perdana Menteri yang memerlukan penjelasan antaranya adalah kebenaran untuk pasar raya, kedai runcit dan pasar basah untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini tetapi ramai yang bertanya bagaimana pula dengan premis-premis makanan yang banyak di negara ini.

“Disebabkan itu, kerajaan perlu buat FAQ kerana banyak persoalan hendak ditanya oleh rakyat,” katanya semasa sidang media Pakatan Harapan yang dibuat secara maya melalui siaran Facebook dan WhatsApp.

Selain itu, Saifuddin meminta kerajaan menjawab mengenai jaminan bekalan makanan yang dikatakan mencukupi sedangkan kebanyakan sumber makanan negara adalah import.

Tambahnya, antara persoalan lain yang bermain di fikiran rakyat adalah bekalan topeng muka terutamanya topeng muka tiga lapisan yang sangat laris ketika ini.

Katanya, kerajaan disyorkan untuk melakukan pembelian dan pengedaran dengan segera, tambahan pula kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan pengeluar-pengeluar topeng muka tempatan serta mengeluarkan peruntukan RM5 juta bagi meningkatkan penghasilan barangan tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad berkata, kerajaan juga perlu memperincikan nasib individu yang tidak mendapat gaji bulanan seperti penjaja atau peniaga kecil.

“Bukan semua pekerja mendapat cuti dan bergaji. Ada juga peniaga jalanan yang bergantung kepada pendapatan harian.

“Jika sekatan ini dikenakan dan mereka kehilangan pendapatan, apakah kerajaan akan membayar pampasan?

“Perkara-perkara sebegini perlu diperincikan oleh kerajaan,” katanya yang turut menghadiri sidang media yang sama hari ini.

Tambah Khalid, kerajaan sepatutnya membuat pertimbangan teliti sebelum mengeluarkan arahan sedemikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan itu mempunyai pelbagai implikasi kepada orang ramai.-MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Hai Saifuddin Nasution (PKR).
    Sekarang ini Allah dah turunkan bala utk manusia akibat kerakusan dan keangkuhan manusia akhir zaman ini.
    Kalau kau ada fikiran yg baik untuk mengatasi masalah covid 19 ini…bg lah pendapat dgn niat utk kebaikan manusia. Bukannya asyik nak mencari kelemahan kerajaan. Kalau kau dan kuncu2 kau (PH) dulu masih memerintah rasanya kau pun tak mampu nak atasi ini sebab ini bukan perbuatan parti. Ini musibah dari Allah.
    Banyakkanlah berdoa daripada kau asyik menabur fitnah.
    Mengucaplah dan muhasabah diri sendiri.

  2. Kebodohan pemimpin2 kerajaan PHD4PIG dulu la punca covid ni merebak kt Msia..klu diorg guna akal dan dgr ckp BOSSKU mslh ni pasti dpt dikawal..skrg phd4pig pulak menyibuk nk arahkan kerajaan..BANGANG PUNYA PHD4PIG

Comments are closed.