Home Nasional Selepas MP Kuching positif Covid-19, Asyraf Wajdi pula jalani ujian saringan

Selepas MP Kuching positif Covid-19, Asyraf Wajdi pula jalani ujian saringan

Program Wacana Sinar Harian yang disertai Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Kelvin Yi.

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bergegas ke Hospital KPJ untuk membuat ujian pemeriksaan Covid-19.

Tindakan itu dibuat selepas beliau mendapat berita Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yit positif penyakit tersebut.

Asyraf dan Kelvin muncul bersama-sama dalam program wacana Sinar Harian 12 Mac lalu.

“Saya dan keluarga akan jalani ‘self-quarantine’ di rumah sementara menantikan keputusan ujian ini. Mohon doakan saya dan keluarga dijauhkan dan terpelihara daripada virus Covid-19 ini,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu disahkan positif Covid-19 dan kini dikuarantin di Hospital Sarawak.

Beliau sebelum itu bersama Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen telah melakukan ujian saringan.

Bagaimanapun, Chong disahkan bebas daripada jangkitan virus berkenaan. – MalaysiaGazette