Home Nasional Amirudin kesal mesyuarat khas Covid-19 tak libatkan Selangor

Amirudin kesal mesyuarat khas Covid-19 tak libatkan Selangor

Datuk Seri Amirudin Shari
Ciapan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung mesyuarat khas Covid-19

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kesal apabila Selangor tidak dilibatkan dalam mesyuarat khas bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri bagi menyelaras Perintah Kawalan Pergerakan antara negeri.

Amirudin berkata, sebagai negeri yang paling banyak terkesan dengan wabak Covid-19, Selangor sepatutnya dilibatkan dalam mesyuarat khas itu kerana ia melibatkan nyawa manusia.

“Selangor adalah negeri yang terkesan besar dengan wabak covid 19, pentadbiran negeri dukacita tidak dilibatkan dalam urusan penting melibatkan nyawa manusia seperti ini.

“Jelas bertentangan dengan sikap terbuka negeri untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan pusat,” katanya ketika menciap di Twitter miliknya, hari ini.

Beliau mengulas status terkini Twitter rasmi milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang muat naik hantaran terbaru mesyuarat khas bersama beberapa menteri besar dan ketua menteri.

Ciapan itu antara lain berkata Muhyuiddin mempengerusikan mesyuarat khas bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri bagi menyelaras Perintah Kawalan Pergerakan antara negeri. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mengapa rakyat Selangor dipinggirkan? Apa kata Pas Selangor? Apakah ada lagi pengkhianatan akan berlaku?

Comments are closed.