Pakej Rangsangan Ekonomi kedua perlu dilaksanakan segera susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan akan bermula esok.
Setiausaha Sekteteriat Jawatankuasa Khas Bertindak Peniaga Bagi Menghadapi Covid-19, Shahul Dawood berkata, peruntukan sebanyak RM3.5 bilion untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) daripada Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumum pada 27 Februari lalu tidak cukup untuk membantu sektor itu menangani impak wabak yang sedang dibendung kerajaan.
Walau bagaimanapun beliau tidak memberikan jumlah anggaran tambahan peruntukan yang diperlukan oleh PKS. Selain itu, Shahul berkata, PKS juga mahu institusi perbankan menangguhkan sekurang-kurangnya enam bulan untuk semua sektor keusahawanan membayar pinjaman masing-masing.