Home Seni Hidup Spritzer elak gangguan operasi

Spritzer elak gangguan operasi

KUALA LUMPUR – Spritzer Bhd (Spritzer) telah menjalankan langkah pencegahan berskala penuh meliputi premis perniagaan utama dan barisan pengeluaran bagi meningkatkan tahap kebersihan yang tinggi dalam semua operasi pengeluarannya.

Spritzer berharap dapat menghilangkan sebarang potensi risiko kesihatan dan maklumat salah mengenai keselamatan dan amalan yang boleh menyebabkan gangguan kepada perniagaannya serta reputasi syarikat dan yang paling penting ialah kebajikan para pekerja dan para pelanggannya.

“Sebagai tambahan, di dalam situasi mendesak selepas pengumuman rasmi kerajaan yang mengehadkan pergerakan, Spritzer akan memastikan kelancaran dan kesinambungan pengeluaran minuman air bersih tidak akan terjejas kerana perniagaan Spritzer disenaraikan antara perkhidmatan penting di dalam situasi ketika ini.

“Proses sanitasi telah dijalankan di dalam semua premis Spritzer dan ia memberi contoh kami sebagai warga korporat mengambil tanggungjawab sosial korporat yang mengambil serius terhadap tahap kesihatan dan langkah keselamatan.

”Ini bagi memastikan kesemua produk dan para pekerja adalah bebas dari sebarang jangkitan selain kesemua produk kami memenuhi piawaian kebersihan yang ketat yang menjadi keutamaan kami sejak lebih 30 tahun lalu.

Selain itu, syarikat mahu setiap orang yang berhubung dengan keluarga Spritzer diberi jaminan di dalam situasi tidak menentu ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Spritzer, Kenny Lim.

Sebagai sebuah syarikat yang berasaskan pengguna dan produk pengguna sihat yang bergerak pantas, syarikat ini sentiasa mematikan tahap kebersihan dan kebajikan pekerja berada di tahap tertinggi.

Ini bagi memastikan setiap orang diberi langkah keselamatan yang mencukupi khususnya ketika tahap kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan penting ketika ini.

Oleh itu, Spritzer akan memantau secara dekat situasi wabak koronavirus untuk mengatasi sebarang bahaya kesihatan yang berpotensi di semua premis.

Spritzer amat komited untuk memperbaiki tahap kesihatan dan telah menetapkan prosedur keselamatan bagi memastikan ia terus dijalankan mengikut garis panduan sedia ada dalam usaha menangani sebarang ancaman kepada kesihatan dan keselamatan semua pemegang taruh.

“Wabak Covid -19 kini berterusan merebak di seluruh dunia dan Spritzer percaya adalah penting untuk meneruskan perhubungan dengan pemegang taruh dapat dikekalkan di tahap tinggi dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan semua kemudahan adalah bebas jangkitan,” kata Lim. – MalaysiaGazette