Home Nasional Tangguh perjumpaan keluarga penghuni penjara

Tangguh perjumpaan keluarga penghuni penjara

Penjara Malaysia

KUALA LUMPUR – Sesi perjumpaan di antara keluarga penghuni bersama penghuni di seluruh institusi Penjara Malaysia ditangguhkan serta merta.

Pengumuman itu dikeluarkan oleh Jabatan Penjara dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata agensi penguatkuasa kerajaan itu, penangguhan itu berkuatkuasa mulai hari ini hingga 31 Mac ini rentetan pelaksanaan Perintah Kawalan Bergerak yang oleh polis selepas diumumkan kerajaan pada Isnin lalu.

Unit Perhubungan Awam berkata, perkara berkenaan termasuk juga lawatan ke Muzium Penjara Bandar Hilir, Melaka, Program dan Lawatan melibatkan pihak peguam, Polis Diraja Malaysia, Kedutaan dan NGO.

Ini adalah langkah mencegah penularan wabak Koronavirus 2019 (Covid-19) ke dalam institusi penjara.

Kerjasama semua pihak khususnya orang awam dalam hal ini didahului terima kasih dan segala kesulitan amat dikesali. – MalaysiaGazette