Home Ekonomi LHDNM lanjut fail borang cukai dua bulan lagi

LHDNM lanjut fail borang cukai dua bulan lagi

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan modus operandi baharu sindiket penipuan yang menggunakan nama pegawai lembaga itu bagi membuat perolehan serta pembelian aset daripada syarikat perabot.-Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Tarikh akhir pemfailan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) akan dilanjutkan 2 bulan daripada tarikh akhir asal yang ditetapkan antara Mac hingga Jun.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil bagi memudahkan urusan percukaian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini hingga 31 Mac ini.

Menurut kenyataan itu, bagi tujuan mengemukakan BNCP dan pembayaran baki cukai, pembayar cukai digalak menggunakan perkhidmatan dalam talian melalui platform ezHASiL.

Pembayar cukai juga boleh berhubung dengan LHDNM melalui talian 03-8911 1000 or 603-8911 1100 (luar negara).

LHDN memaklumkanm semua premisnya di seluruh negara akan ditutup sepanjang tempoh perintah berkenaan. – MalaysiaGazette