Home Nasional Tiada lagi pembelian panik berlaku

Tiada lagi pembelian panik berlaku

KUALA LUMPUR – Jika dua hari yang lau rata-rata pasar raya di Lembah Klang menjadi tumpuan akibat pembelian panik namun tidak lagi berlaku hari ini.

Ini kerana selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan ia tidak mengarahkan pasar raya dan beberapa premis penting ditutup.

MalaysiaGazette membuat tinjauan di Giant, Jaya Grocer dan NSK di Lembah Klang pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan mendapati tiada lagi kesesakan orang ramai yang berlaku dan suasana lebih tenang.

Suasana itu juga mungkin ada kaitan dengan majoriti penduduk ibu kota membuat keputusan untuk pulang ke kampung sempena cuti sekolah dan arahan tidak bekerja di pejabat.

Lebih-lebih lagi selepas pihak polis menarik balik arahan surat pelepasan keluar negeri malam tadi.

Hasil pemerhatian juga mendapati tiada tanda-tanda bekalan makanan tidak mencukupi termasuk bekalan yang lazimnya menjadi tumpuan orang ramai khususnya golongan B40.

Hari ini bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan sebagai langkah membendung wabak Covid-19 seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perintah ini berkuatkuasa selama dua minggu sehingga 31 Mac akan datang.

Sehingga kini dilaporkan dua kematian direkodkan akibat Covid-19. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hahaha .. Org bangang je yg penik dan yg buat org lain penik, dan tambah penikkan suasana … X faham aku pradigma dorg tu…

Comments are closed.