ITALI – Juventus mengesahkan pemain tengah, Blaise Matuidi menjadi mangsa kedua positif Covid-19 di kelab itu.
Matuidi telah dikuarantin sejak rakan sepasukannya, Daniel Rugani disahkan positif.
“Blaise Matuidi telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang mendedahkan dia positif koronavirus Covid-19.
“Pada 11 Mac lalu, pemain itu telah secara sukarela menawarkan untuk menjalani kuarantin sendiri di rumah.
“Dia akan terus dipantau, begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain. Dia kelihatan sihat,” jelas kenyataan kelab.
Persatuan Bola Sepak Itali telah menggantung semua perlawanan sehingga 3 April berikutan Covid-19. – MalaysiaGazette