Home Dunia Tiga bayi Britain positif Covid-19

Tiga bayi Britain positif Covid-19

Cassian didakwa mengalami batuk dan rasa sejuk sebelum ibu bapanya merujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut.

LONDON – Tiga orang bayi di Britain disahkan positif Covid-19 pada minggu ini.

Bagaimanapun para pakar perubatan masih percaya bahawa bayi tersebut berisiko rendah untuk dijangkiti virus maut itu.

Para doktor berkata, data mendedahkan kanak-kanak berjangkit lebih berpeluang untuk tidak mempunyai simptom atau petanda Covid-19.

Salah seorang daripada bayi itu baru dilahirkan beberapa hari lepas manakala seorang lagi berusia sembilan bulan dan satu lagi bayi dari Norfolk.

Para saintis juga tidak dapat memastikan apa yang menyebabkan kanak-kanak kurang berisiko jangkitan Covid-19.

Setakat ini, tidak ada sebarang laporan yang menunjukkan kanak-kanak mati akibat Covid-19.

Laporan kes di China juga mendakwa hanya 2.4 peratus kes Covid-19 berlaku terhadap kanak-kanak dan hanya 0.2 peratus sahaja terlibat dalam penyakit kritikal.

Sehingga kini China merekodkan lebih 80,000 kes Covid-19.-MalaysiaGazette