Home Ekonomi Industri sawit, pertanian Felda dibenarkan beroperasi

Industri sawit, pertanian Felda dibenarkan beroperasi

KUALA LUMPUR – Semua premis pejabat Felda termasuk Menara Felda, pejabat wilayah serta pejabat rancangan Felda tidak akan beroperasi pada tarikh yang ditetapkan.

Arahan itu selaras dengan perintah kawalan pergerakan.

Namun, industri sawit dan sektor pertanian komoditi telah dikecualikan daripada perintah itu selepas membuat rayuan kepada Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA).

”Alhamdulillah, berdasarkan kenyataan oleh Yang Berhormat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali pada 18 Mac 2020, Kabinet Malaysia telah memutuskan untuk memberi pengecualian kepada industri ini dan membenarkan operasi diteruskan dengan serta-merta.

”Keputusan ini bersyaratkan langkah pemantauan dan pencegahan yang secukupnya diambil oleh setiap pihak yang terlibat,” kata Felda.

Selaras dengan perkembangan ini, operasi perladangan boleh diteruskan dengan mengambil langkah sewajarnya untuk memenuhi syarat yang ditetapkan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19 khususnya dalam kalangan warga kerja

”Kegagalan mematuhi syarat-syarat dan standard prosedur serta garis panduan yang ditetapkan, mungkin akan menyebabkan pengecualian yang diluluskan oleh kerajaan ditarik balik. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Alhamdulillah…bersyukur pada Allah..semoga segalanya dipermudahkan dan diberi keselamatan olehNya..

Comments are closed.