PUTRAJAYA – Kesemua 83 peserta jemaah tabligh Ijtimak di Sulawesi, Indonesia akan disaring dan dikuarantin selama 14 hari.
Kementerian Kesihatan berkata, sekiranya peserta-peserta berkenaan pulang ke negara ini mereka akan melalui beberapa proses saringan di pintu masuk negara dan akan akan dibawa ke sebuah pusat kuarantin yang digazetkan untuk tujuan kuarantin.
“Kita maklum bahawa lebih 80 orang dari Malaysia berada di Sulawesi dan kita ambil keputusan kalau mereka balik ke negara ini, kita saring mereka di pintu masuk negara serta akan dikuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang kita gazetkan,” kata menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam satu sidang media hari ini.
Semalam dilaporkan sekurang-kurangnya 80 rakyat Malaysia menghadiri perhimpunan Tabligh yang kemudiannya ditangguhkan kerana bimbang penularan virus Covid-19.
Media turut melaporkan ribuan tabligh di seluruh Asia berhimpun di Indonesia tanpa menghiraukan kebimbangan pertemuan itu berisiko menyebarkan Covid-19.
Ia diadakan dua minggu selepas penganjuran perhimpunan Tabligh antarabangsa di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Himpunan itu dihadiri lebih 16,000 pengikut menyertai perhimpunan tabligh itu ketika ia berlangsung pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu. -MalaysiaGazette
SATU SATUNYE TEMPAT YANG PALING RAMAI DAN BERISIKO UNTUK DIJANGKITI ADALAH ( PAM DI STESTEN MINYAK) ramai yang terlepas pandang, bayangkan berapa ratus orng sehari yang memegang PAM MINYAK tersebut setiap hari….. Kepada ahli2 group sila copy pada siapa saja.. berhati2 kalau pergi isi minyak di mana2..kalau boleh gunalah *hand sinitizer* sebelum mahupun selepas isi minyak..karana kita tidak tahu berapa penguna atau siapa penguna station minyak tu..lepas isi minyak cucilah tangan anda..
Oleh itu guna SETEL dan pam minyak dengan penuh bergaya. Aktifkan pam petrol dari dalam kereta anda, tak perlu bersesak dikaunter utk membayar harga minyak, tak perlu guna cash, jejak perbelanjaan, lihat harga petrol semasa, terima penyata petrol bulanan, tebus dan nikmati mata ganjaran Mesra anda.
SETEL dan nikmati RM5 selepas pengisian petrol RM30 pertama anda!!!
Layari: https://www.setel.my/ref/fumyf