Menjadi pemandu teksi sejak tahun 1985, ini merupakan pertama kali Hasanudin Jamaludin,57 berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung wabak Covid-19.
Hari kedua perintah ini berkuatkuasa, menurut beliau, orang awam di KL Sentral yang sebelum ini diketahui umum menjadi tumpuan sebagai pusat laluan pelbagai pengangkutan awam, semakin berkurang dan keadaan amat lengang.