LONDON – Pasukan-pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) menyatakan kebimbangan kesan jangka masa panjang penularan Covid-19 (koronavirus).
Ini kerana terdapat kemungkinan perlawanan bola sepak akan dimulakan secara tertutup tan penonton pada musim depan.
Pada Khamis, EPL mengisytiharkan penggantungan perlawanan sehingga 30 April ini.
Majoriti pasukan merasakan kesan mendalam Covid-19 akan menyaksikan perlawanan diadakan di stadium yang kosong pada permulaan musim depan.
Kesemua 20 kelab EPL terlibat dalam mesyuarat tergempar menerusi sidang video menerusi Skype yang dipengerusikan oleh Pengerusi Interim Liga, Claudia Arney
Mesyuarat itu membincangkan sama ada mahu menamatkan terus kempen musim ini atau mencadangkan apa yang difikirkan rasional dengan menggunakan formula matematik kedudukan terakhir carta liga.
Sekiranya setiap aksi dimainkan selepas 30 April ini ekoran penundaan Euro 2020, perlawanan dicadangkan dilakukan tanpa kehadiran penonton. – MalaysiaGazette