Home Sukan Chelsea juara EPL selepas kalahkan West Brom

Chelsea juara EPL selepas kalahkan West Brom

Michy Batshuayi muncul sebagai wira menjaringkan gol penting untuk menewaskan West Brom 1-0 sekali gus mengesahkan kemenangan piala EPL oleh Chelsea musim ini dalam aksi awal pagi tadi. Foto: the Sun

ENGLAND – Chelsea akhirnya digelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah menundukkan West Bromwich Albions 1-0 di Stadium Hawthorns dalam aksi awal pagi tadi.

The Blues masih berbaki dua perlawanan lagi yang perlu diharungi sebelum EPL musim ini melabur tirai.

Pemain gantian Michy Batshuayi muncul wira pasukan itu apabila menjaringkan gol emas itu pada minit ke-82 sekaligus mengesahkan piala EPL menjadi milik pasukannya kali ini.

Skuad kendalian Antonio Conte itu kini melengkapkan kejuaraan dengan mengumpul sebanyak 87 mata dalam 36 perlawanan.

Sementara itu pesaing terkuatnya Tottenham Hotspurs yang berada ditangga kedua mengumpul sebanyak 77 mata.

Sepanjang kempen musim ini Chelsea menang sebanyak 28 perlawanan dan tiga seri dan lima kekalahan.

Ia merupakan kejuaraan keenam Chelsea dalam sejarah penubuhannya.

Pengurus Chelsea Antonio Conte dijulang pemain Chelsea selepas disahkan juara EPL setelah menewaskan West Brom 1-0 dalam aksi awal pagi tadi. Foto: the Sun
Pengurus Chelsea Antonio Conte dijulang pemain Chelsea selepas disahkan juara EPL setelah menewaskan West Brom 1-0 dalam aksi awal pagi tadi. Foto: the Sun

Bagi pengurus kelahiran Itali, Conte, berjaya membantu The Blues menjulang EPL dalam musim pertama mengambil alih kejurulatihan kelab itu.

Sebelum ini Chelsea telah memenangi empat kejuaraan EPL dibawah kendalian Jose Mourinho yang kini mengendalikan Manchester United.

Chelsea gagal melayakkan diri ke liga juara-juara musim lalu apabila sekadar menamatkan saingan EPL di luar enam teratas liga.

Namun kali ini berjaya kembali menempah slot ke pentas Eropah itu secara automatik selaku juara EPL. – MalaysiaGazette